Isnin, 18 Januari 2016

APA KEBAIKAN DAN KELEMAHAN OVERHAUL ENJIN KERETA?



Kebanyakan enjin kereta terpaksa di buat overhaul kerana sering menggunakan minyak hitam bercampur campur dan minyak hitam yang kurang berkualiti. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km.Tetapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun sudah kena top overhaul kerana pemilik tidak cermat. Jika timing belt putus juga antara factor penyebab enjin perlu do overhaul.

Kalau spark plug kereta sudah berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar. 

Kalau enjin sudah menunjukkan kehausan.. semua bahagian sepatutnya diganti bergantung pada bajet pemilik. Kalau enjin tu masih boleh berfungsi dengan baik adalah lebih baik hanya top overhaul di lakukan.

Overhaul enjin kereta terbahagi kepada 2 :

(i)           Kalau top overhaul servis head block jer..
(ii)          kalau full overhaul... seketul engine servis dan ditukar mana yang perlu


Kelebihan:

1. Engine lebih power.
2. Jimat petrol
3. Kebocoran (Leaking) tiada (sebab seal baru)

Namun begitu ia bergantung kepada teknikal,mekanik,alat ganti yang ditukar dan lain lain

Kekurangan:
1.kos tinggi.
2. Risiko rosak balik ada.
3. Kemungkinan sama macam sebelum overhaul
4. Alatganti mungkin bukan original dan terpakai.

Full overhaul adalah meliputi klac, flywheel dan bearing bearing yang ada.