Selasa, 15 Disember 2015

KERETA DITENGGELAMI AIR BANJIR...APA PERLU ANDA LAKUKAN

credit to Shahmuzir 
muzir.wordpress.com



Kereta tenggelam
Sumber dari Google-Image.

Musibah seperti banjir memang akan merugikan banyak pihak.  Bukan sahaja harta benda boleh rosak, bahkan nyawa juga turut boleh terancam.  Dari segi harta benda, kenderaan adalah antara yang besar nilainya di sisi kita.  Bukan sahaja pada nilai harganya, bahkan pada nilai jasanya.  Tentu banyak kos perlu dikeluarkan untuk membaikinya semula jika kenderaan ditenggelami banjir.  Bagaimana hendak menyelamatkannya dan mengurangkan kos pembaikan tersebut?
Sebelum masuk kepada cadangan jawapan kepada soalan tersebut, saya sekadar hendak ingatkan kepada tuan/puan mangsa-mangsa banjir agar jangan berkalau-kalau lagi.  Contohnya:
“Kalaulah aku sempat bawa kereta ni ke tempat lebih tinggi, tentu tak tenggelam.”
“Kalau aku tak parking kat sini, tentu tak jadi begini.”
“Kalaulah aku tak datang bermalam kat sini, tentu selamat dari ditimpa musibah ini.”
Sikap berkalau-kalau begini memang akan menyerbu ke dalam qalbu kita saat musibah begini.  Rasulullah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam pernah menasihatkan agar jangan bersikap seperti itu kerana sikap tersebut akan mengundang Syaitan merosakkan iman dan qalbu kita.
“Jika kamu tertimpa sesuatu, janganlah mengucapkan:  “Seandainya/kalaulah saya berbuat begini dan begitu” tetapi katakanlah, “ALLAH telah mentaqdirkannya, apa yang telah dikehendakiNYA pasti akan terjadi”, kerana sesungguhnya kata-kata ‘seandainya/kalaulah’ itu membuka jalan bagi Syaitan.” 
(HR Muslim)
Semoga iman kita kukuh dan berjaya berhadapan dengan gangguan Syaitan atas ujian besar ini.  Dan semoga dengan kesabaran dan sifat redha tuan/puan, ALLAH Ta`ala kurniakan pahala, penebusan dosa dan kebaikan yang banyak buat tuan/puan mangsa-mangsa banjir, amin…
Baik, sekarang kita masuk kepada apa yang perlu kita buat jika kenderaan ditenggelami banjir.  Berikut adalah beberapa nasihat yang saya perolehi semasa tempat saya ditenggelami banjir sehingga menyebabkan kenderaan saya tenggelam hingga hampir ke paras bumbung.
Sebelum tenggelam:
1.  Jika kenderaan memang tidak boleh dilarikan ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kenderaan masih belum ditenggelami banjir, maka sumbatlah lubang ekzos tersebut dengan sesuatu yang padat dan kalis air.  Contohnya menutupnya dengan plastik.
2.  Cabut terminal bateri kerana kita tidak tahu berapa lama kenderaan kita akan dibiarkan tanpa dihidupkan kerana musibah banjir bermacam-macam peringkat.
3.  Selamatkan barang-barang yang dirasakan penting terutama yang mudah rosak akibat air.  Pendek kata, selamatkan semua yang boleh diselamatkan kerana banjir bukanlah air biasa, tetapi air berlumpur.
Ketika tenggelam:
1.  Kenderaan yang sedang ditenggelami banjir jangan dihidupkan enjinnya terutama apabila air banjir mulai menutup ekzos kenderaan dan bahagian enjin .  Apatah lagi cuba untuk memandunya meredah banjir.
Setelah banjir surut:
1.  Selepas banjir telah surut, jangan hidupkan enjin!  Jangan hidupkan enjin!  Jangan hidupkan enjin!  Inilah pantang besar jika kenderaan anda ditenggelami banjir besar, iaitu jangan hidupkan enjin!
2.  Panggil lori tunda untuk ditunda ke bengkel yang dipercayai. Komponen utama seperti enjin dan transmission mungkin akan rosak.  Samada rosak banyak atau rosak sikit.  Enjin mungkin tak perlu overhaul, sekadar flush minyak enjin beberapa kali.  In shaa’ ALLAH enjin OK.  Kalau enjin dihidupkan semasa atau selepas banjir surut, maka enjin akan mengalami kerosakan yang lebih parah.
3.  Sistem transmisi pula kalau jenis manual, maka prosesnya sama macam enjin.  Flush minyaknya beberapa kali sampai tiada air di dalamnya.  Hal ini mekanik akan nasihat.  Mungkin 3 hingga 5 kali flush.  Atau mungkin lebih.  Tapi kalau sistem transmisi jenis auto, mungkin ada masalah yang lebih besar.  Kemungkinan kena overhaul atau lebih teruk dari itu iaitu tak dapat diselamatkan.  Terpaksa tukar gear box baru.  Harap-harap tidaklah sampai macam itu.
4.  Sistem elektornik boleh selamat in shaa’ ALLAH.  Cuma dalam masa yang panjang, mungkin baru nampak kesannya.
5.  Kusyen pula memang kotor dan berbau habislah.  Kena cuci samada upah atau sendiri.  Kadang-kadang pihak bengkel ada tawarkan juga khidmat cuci kenderaan dan kusyen khas akibat banjir.  Khidmat cuci kenderaan akibat banjir ni memang mahal harganya sebab mereka akan buka habis kerusi dalam kereta dan cuci dengan teliti.  Selepas siap dicuci, bau tidak menyenangkan tetap juga wujud selama beberapa tempoh.  Terpaksa bersabarlah dengan bau tersebut tu dalam lebih kurang sebulan.  Lama-lama OK, in shaa’ ALLAH.
Itulah setakat yang saya tahu dan mampu berkongsi.  Ini pun tahu sebab dulu kereta pernah tenggelam banjir.  Kalau tuan/puan ada nasihat-nasihat lain, silakanlah kongsi.  Dan kalau maklumat di atas tidak tepat, silalah betulkan.  In shaa’ ALLAH kita sama-sama berkongsi untuk kebaikan bersama.
Mengenai kos pembaikan, ia sangat subjektif.  Bergantung kepada kita samada ada hidupkan enjin atau tidak.  Jika hidupkan enjin, maka kos pembaikan akan menjadi tinggi kerana komponen enjin boleh banyak rosak.  Jika tidak hidupkan enjin, maka mungkin kosnya tidak tinggi sangat.  Lagi satu faktor ialah jenis kenderaan.  Pihak bengkel akan nasihatkan proses semuanya.  Jadi pemilihan bengkel yang dipercayai juga merupakan faktor yang penting.
Semoga ALLAH Ta`ala mempermudahkan urusan semua saudara-saudara kita yang mengalami musibah banjir, dikuatkan kesabaran, dikurniakan kebaikan dari sisiNYA, diberikan keselamatan dan dikeluarkan dari musibah tersebut dengan segera, amin…

Khamis, 26 November 2015

JANGAN TAK SOKONG BARANGAN BUATAN MALAYSIA

ALAT GANTI KENDERAAN BERJENAMA PRORIDE

BARANGAN JENAMA PRORIDE MILIK 100% SYARIKAT BUMIPUTERA. Kami menjual dan membekal pelbagai alat ganti kereta dari jenama Proride dengan harga yang  sangat kompetetif dengan kualiti produk yang dijamin. Proride merupakan jenama baru dalam dunia automotive tanahair dan merupakan produk keluaran daripada syarikat Sapura Indusrial Bhd. yang berstatus GENUINE OEM MANUFACTURER (OEM).

Kami amat berbangga meyediakan pelbagai produk jenama ini kepada pelanggan-pelanggan kerana percaya dengan teknologi yang digunakan bagi menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Antara produk yang ada ialah :


Image result for PRODUK PRORIDE



Image result for PRORIDE OIL FILTER

Sapura Indusrial Bhd telah berkerjasama dengan syarikat tersebut dibawah bagi berkongsi ide, pengetahuan dan sumber sumber maklumat dalam penghasilan barangan keluaran mereka.





KAMI MENGGUNAKAN JENAMA PRORIDE..BARANGAN BUATAN MALAYSIA







Ahad, 27 September 2015

PAKEJ AUNAS


PARA PELANGGAN YANG DIHARGAI


BAGI MENGHARGAI PELANGGAN YANG SETIA KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MENCUCI KENDERAAN SECARA PERCUMA SETELAH MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN DAN BAIK PULIH DARI BENGKEL KAMI. 

#Bergantung pada terma dan syarat


Isnin, 8 Jun 2015

JOB KAMI TERBARU TOP OVERHAULED (WIRA 1.5)






10 TIPS MENJAGA GEARBOX AUTOMATIK

1) Kebiasaannya kereta AT ada enam “step” gear.Bermula dengan P , R , N , D , 2 , L (bergantung kepada model kenderaan) kebiasaanya tiga step di bawah N nombornya berlainan tetapi fungsi tetap sama.Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam,on suis dahulu (jgn hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala.Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah .Setiap step perlu berhenti 2 saat.Kemudian daripada paling bawah naik kan ke N, (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin.Biarkan gear di N sahaja sehingga anda menggerakan kenderaan .Biarkan selama 5 minit,jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam keatas.Bergantung kepada suhu meter ,pastikan meter suhu naik 25 % sebelum memulakan perjalanan.Tujuannya untuk memastikan semua pintu gear terbuka dan mengelakan karat berlaku di pintu-pintu gear yang jarang digunakan.Kebiasaanya pemandu akan menggunakan step D sahaja,manakala step-step lain jarang digunakan atau tak digunakan langsung. AWAS !!! Petua ini tidak sesuai dilakukan di kawasan berbukit,pastikan di tempat yang rata sahaja.

2) Minyak AT dan AT Filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan(yang mana dulu).Ini amat penting dilakukan mengikut jadual.Sebenarnya kalau nak diikutkan AT filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak AT.Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak AT,kerana mekanik akan buka semua takung minyak AT (bergantung kpd model kenderaan)dan bersihkan sebersih-bersihnya.Elakan tukar minyak AT tanpa membuka takung minyak AT.Ini kerana hendak mengelak adanya bendasing atau air dalam takung minyak AT.Jika dibiarkan terlalu lama ianya boleh memudaratkan kotak gear.Pastikan minyak AT dan filter yang digunakan TULIN dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda.Elakan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangkamasa panjang (harga murah,tetapi selepas3-4 tahun lagi anda merana)
3) Pastikan kaki anda tidak menekan brek dan gear berada di kedudukan D semasa berhenti di lampu isyarat ,dimana-mana sahaja atau dalam kesesakan lalulintas yang teruk.Pastikan diletak di N sahaja.Jangan di P ,ini kerana boleh menyebabkan anda lambat memulakan perjalanan dan boleh menyebabkan orang di belakang anda marah.Sebab itu step N dan D diletak berdekatan dan tak memerlukan anda menekan butang “lock” antara gear untuk bergerak (butang tepi batang gear bersama butang OD).Jika anda mengamalkan budaya kereta dalam gear dan tekan brek, boleh menyebabkan “clutch plate” cepat habis atau terbakar.Jangan sangka kan kereta AT tiada “clutch plate”.Ianya ada berbelas belas keping (bergantung kpd model kenderaan).Satu rosak anda kena tukar kesemua “clutch plate”.Tiada penjualan sekeping-sekeping di kedai alatganti.Harganya amat mahal sekali (bergantung kepada model kenderaan).Tidak silap saya untuk model Wira pun RM 500++.

4) Sewaktu hendak memulakan perjalanan ,selepas anda berhenti dimana-mana sekalipun , mulakan dgn step 2 atau step ke dua selepas N.Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada D atau satu step dibawah N.Amalkan begini juga di dalam kesesakan lalulintas.Ini dapat menjimatkan minyak anda dan memberi lebih kuasa kepada kereta anda sewaktu hendak mula bergerak.Step 2 umpama anda bermula dengan gear 1 untuk kereta manual.Step D pula ibarat gear 2 atau 3 bagi kereta manual.Maknanya jika anda memulakan dengan 2 step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh semangat” bukan nya dalam keadaan “terpaksa” jika bermula dengan step D.Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.


5) Elakan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir.Jika terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau “satu nafas” sahaja.Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian bawah enjin.Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AT anda bercampur dengan air.Ianya juga boleh menyebabkan “clutch plate” anda terbakar.Jika anda terpaksa juga melalui jalan yang banjir (maklumlah di lembah klang ni faham-faham sendiri lah) selepas itu pastikan anda berjumpa dengan mekanik anda untuk memastikan minyak AT tidak bercampur dengan air.



6. Elakan daripada selalu mendaki bukit-bukit yang tinggi terlalu kerap (contoh:Genting Highland)



7. Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit,sesuai dengan bacaan RPM kereta anda.Jangan paksa kereta anda mendaki bukit menggunakan step D.Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada dibawah step D,sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.




8. Elakan “reversed” kereta anda dalam keadaan laju,jarak yang jauh atau terlalu kerap sangat.Gunakan gear “reversed” anda seminimum yang boleh.Penggunaan gear “reversed” yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.




9. Jangan guna “over drive” atau OD dalam pemanduan biasa.Gunakan semasa hendak memotong kenderaan di hadapan anda dalam keadaan perlu sahaja.



10. Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda.Mula kan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat.Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada “timing belt”.Inilah salah satu punca “timing belt” putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan datang.




TAMBAHAN(AT / MT)


1. Untuk memastikan enjin kenderaan anda sekarang masih baik atau tidak.Hidupkan enjin kenderaan anda waktu pagi dan biarkan selama 10 minit,kemudian lihat di bahagian ekzos ada atau tidak air minitis keluar dari lubang ekzos. Boleh juga ambil sehelai kertas putih yang kosong letakan di muncung ekzos anda kemudian tengok ada tak percikan air di kertas tersebut. . Jika ada air menitis atau ada percikan air di kertas putih tadi maknanya enjin kenderaan anda masih dalam keadaan “sihat walafiat”.Jika tidak maknanya enjin kenderaan anda ada sedikit “keuzuran".




2. Pastikan minyak enjin dan oil filter yang anda gunakan adalah minyak yang sama sepanjang masa dan pastikan ianya yang tulin.Banyak minyak enjin palsu di pasaran sekarang yang mana minyak enjin lama yang dikitar semula dan dipek seolah-olah minyak tulen.Hati-hati jika anda ditawarkan minyak enjin yang terlalu murah.Pastikan bacaan kelikatan minyak enjin anda adalah sama setiap kali anda menukar minyak enjin.Walaupun jenama sama tetapi bacaan kelikatan adalah berlainan.Istilah mekanik “minyak tebal dan minyak nipis”.Sila lihat di botol minyak enjin ada nombor seperti (contoh: 10W-40 ).Elakan menggunakan minyak enjin yang melebihi 10,000 km.Ini boleh membuatkan anda malas hendak periksa minyak enjin anda dan anda mungkin tidak menyedari minyak enjin anda sudah berkurangan atau kering.Jangan amalkan tambah minyak enjin yang terlalu kerap atau banyak.




3. Jangan sesekali bertukar minyak enjin daripada “fully synthetic” kepada “semi synthetic”.Ianya boleh merosakan enjin anda,tetapi boleh daripada “semi synthetic”.kepada “fully synthetic” tetapi bila dah gunakan “fully synthetic” jangan pulak kembali kepada “ semi synthetic".



4. Sebelum mematikan kenderaan anda off kan semua suis,penghawa dingin,radio,lampu atau system audio lain.Selepas off semua suis biarkan 3-5 saat,kemudian baru matikan enjin.




5. Air hendaklah sentiasa diperiksa ,kerana air memainkan fungsi yang cukup penting dalam memastikan fungsi enjin berjalan dengan sempurna.Elakan menggunakan air paip kerana ianya boleh menyebabkan keladak dalam radiator.Gunakan air masak atau air yang telah disuling.Jika selama ini anda menggunakan air paip,saya cadangkan anda pergi servis radiator anda dan selepas itu gunakan air suling.Jika anda bertanya kepada mekanik mereka akan jawab tiada masalah guna air paip,kerana mereka hendak kereta kita rosak dan mereka ada bisnes.(bukan semua mekanik begitu,siapa yang saya maksudkan anda faham-faham sendiri lah


6. Semasa parkir (parking) kenderaan anda pastikan tayar dan stereng kenderaan anda dalam keadaan lurus.Jangan sesekali parkir dalam keadaan tayar ke kanan atau kiri.Ini boleh menyebabkan “drive shaft” anda cepat rosak.



7. Penjagaan penghawa dingin.Anda boleh on “power” semaksimum yang mungkin (contoh 1,2,3,4) tetapi jangan on temperature semaksimum nya. Temperature hanya boleh digunakan sehingga 80 % sahaja.Pastikan suis penghawa dingin ditutup semasa hendak memati atau menghidupkan kenderaan.




8. Sewaktu hendak menutup “hood” depan atau “bonet” kereta anda pastikan tangan anda dalam keadaan “center” sewaktu menekannya.Jangan sesekali berat ke kanan atau ke kiri.Ini boleh menyebabkan “hood & bonet” anda menjadi tidak sama atau bengkok.




9. Sediakan sebuah buku kecil dalam kereta anda untuk anda merekodkan sebarang pertukaran alat ganti yang lepas dan akan datang atau rekod penyelengaraan kereta anda.Pastikan mekanik anda adalah mekanik yang mahir dalam penyelengraan model kenderaan tesebut.Amalkan guna mekanik yang sama sahaja kerana dia tahu dan mahir mengendalikan kereta anda dan dia tahu penyakit kereta anda yang lepas-lepas.Lebih tepat lagi dipanggil istilah “satu tangan pomen sahaja ”.Gunakan minyak petrol yang sama sahaja,jangan terlalu kerap menukar jenama Petrol.

10. Yang paling afdal adalah catit di satu kertas kecil dan tampal di cermin depan atas bahagian dlm kereta anda” Bismilahirahmanirahim ,selawat 3 kali ,ya ALLAH ya tuhanku selamatkan dan lindungilah diriku,penumpang dan kenderaan ku ini daripada segala kecelakaan ,bala bencana,mala petaka,kerosakan dan<!--[endif]--> perkara-perkara yang tidak diingini. Amin rabil alamin”.

CREDIT
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=489281..
THANKS BRO!!!!



Isnin, 13 April 2015

KENALI ASAP KERETA ANDA

Proride Info - Diagnos Sendiri Engin Kereta Anda


Tahukah anda, dengan hanya melihat asap ekzos, anda sudah boleh mendiagnosis sendiri keadaan sesebuah enjin? Kebolehan untuk mendiagnosis ini bukan  sahaja membolehkan anda mengetahui tahap ‘kesihatan’ enjin, malah juga boleh menggunakannya semasa membeli kereta terpakai atau enjin terpakai dari kedai ‘halfcut’ untuk mengelakkan daripada tertipu. Warna asap ekzos akan menggambarkan bagaimana tahap pembakaran dalam enjin anda. Justeru, keadaan  komponen dalaman enjin anda juga dapat diduga berdasarkan hasil pembakaran tersebut. 




Asap putih/wap air/ air daripada paip ekzos ketika waktu pagi atau sejuk. Jika ini merupakan hasil daripada pembakaran enjin anda, tahniah. Anda mempunyai enjin yang sangat sihat. Injap dan gegelang omboh masih lagi dalam keadaan kedap, sistem pancitan bahan api (EFI) berfungsi dengan sempurna dan karburetor (jika menggunakan karburetor) berada pada talaan yang paling sempurna. Petrol mempunyai unsur Karbon (C) dan Hidrogen (H), manakala dalam udara pula mempunyai unsur Oksigen (O). Jadi jika semua komponen dalaman enjin kedap, karburetor atau sistem EFI mendapat talaan campuran udara dan bahan api dengan nisbah 14.7:1, ia akan menghasilkan pembakaran yang sempurna. Jadi setelah petrol dan oksigen terbakar dengan sempurna dan bertindak balas, hasil pembakaran tersebut akan menjadi air (H20) setelah bercampur pula dengan udara sejuk sekeliling yang mempunyai lebih oksigen.

Asap Hitam
Asap hitam adalah berpunca dari talaan nisbah campuran udara dan petrol yang terlalu ‘rich’ iaitu nisbah petrol yang lebih banyak daripada biasa. Biasanya asap hitam ini akan datang sekali dengan masalah penggunaan petrol yang meningkat. Bau petrol pada ekzos juga agak kuat. Jika anda menggunakan sistem pancitan bahan api elektronik, ia perlulah diperiksa di pusat servis bertauliah menggunakan komputer pengimbas untuk mengesan masalah atau komponen yang tidak berfungsi dengan sepatutnya. Tidak seperti karburetor, sistem  pancitan bahan api elektronik ini mempunyai memori yang telah disetkan dan talaannya tidak akan salah jika semua komponen berfungsi dengan baik. Dan jika anda menggunakan karburetor, ia memerlukan talaan semula untuk membetulkan nisbah campuran udara dan bahan api mengikut spesifikasi yang sepatutnya. Bawa kereta anda kepada mekanik yang  berpengalaman kerana karburetor ini komponen yang sangat sensitif. Jika tersalah tala, mungkin kereta anda akan lebih kuat penggunaan petrolnya atau mungkin akan kehilangan kuasa! 

Asap kelabu kebiruan
Apabila ekzos mengeluarkan asap biru atau kelabu, ini bermaksud ada kebocoran minyak enjin ke dalam kebuk pembakaran yang menyebabkan minyak enjin terbakar sekali bersama campuran petrol dan udara. Masalah ini pasti akan datang sekali dengan masalah minyak enjin yang kerap berkurangan dan perlu ditambah. Kebocoran ini berpunca sama ada daripada valve seal pada kepala silinder yang bocor atau lebih teruk mungkin disebabkan kebocoran pada gegelang omboh. Apa  yang pasti, Top overhaul perlu dilakukan pada enjin anda untuk menggantikan valve seal yang bocor. Dan mungkin juga proses major overhaul perlu jika didapati gegelang omboh sudah tidak kedap lagi. 

Asap putih yang berterusan 
Jika asap putih ini berterus keluar  dari ekzos, ini bermaksud air dari water jacket di sekeliling blok enjin anda sudah memasuki kebuk pembakaran. Masalah ini semestinya akan datang sekali dengan masalah suhu enjin yang naik mendadak berbanding suhu normal. Air tersebut masuk boleh berpunca dari gasket kepala silinder yang bocor atau ia sudah rosak menyebabkan air terlepas ke kebuk pembakaran. Senario paling teruk, air tersebut akan bercampur dengan minyak enjin dan anda boleh mengesannya setelah membuka penutup minyak enjin-minyak enjin anda akan berubah warna kepada warna seakan-akan teh tarik. Penyelesaiannya sudah tentu Top overhaul perlu dilakukan ke atas enjin tersebut. 

Semoga Semua informasi ini dapat meningkatkan sedikit sebanyak pengetahuan anda.

Terima Kasih.

Credit to BRO AZROL 
BANDAR BARU BANGI
PRORIDE Dealer