Selasa, 29 Oktober 2013

PELUANG PEKERJAAN DI AUNAS ENTERPRISE

Kami memerlukan calon-calon yang berpengalaman dan berdisplin untuk memenuhi jawatan-jawatan berikut:

1. MEKANIK

2, PEMBANTU MEKANIK

Sila hubungi kami di talian 03-91026212/013-6051937/017-6203307 (Md Asran) atau datang sendiri untuk sesi temuduga di alamat :

NO 4G-F, JALAN 2/154D
TAMAN DESA CHERAS
56000, CHERAS
KUALA LUMPUR


Khamis, 3 Oktober 2013

PREMIS BARU AUNAS AUTO

KEPADA PELANGGAN YANG DIKASIHI,

KAMI INIGIN MEMAKLUMKAN BAHAWA KAMI TELAH PERPINDAH KE PREMIS BARU SEPERTI TERTERA DI BAWAH:


AUNAS AUTO
NO 4G-F, JALAN 2/154D
TAMAN DESA CHERAS,
56000, CHERAS
KUALA LUMPUR

Sabtu, 8 Jun 2013

TIPS PENJAGAAN BATERI KERETA

sumber my-sensasi.blogspot.com.my..thanks a lot

Cara Menjaga Bateri Kereta

1. Periksa bateri jika terdapat tanda-tanda kerosakan seperti retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan sebagainya. Jika terdapat kesan debu putih dibahagian terminal, dan air baterinya cepat kering, kemungkinan kuasa yang disalurkan kepada bateri itu terlalu tinggi. Bila keadaan ini berlaku, perlulah ia diperbaiki dengan secepat mungkin, untuk mengelakkan kerosakan teruk pada bateri. Kesan-kesan bocor dapat diketahui jika terdapat disekitar dan bawah bateri berdebu garam putih kehijauan.



2. Periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali. Perkara ini pada kebiasaannya dilakukan oleh pekerja stesen pam minyak. Jika airnya kurang, tambah dengan air bateri (distilled water). Air sejuk yang bersih boleh juga digunakan.Walau bagaimanapun jangan bubuh airnya berlebihan dari paras yang ditentukan sebab ini akan menyebabkan air bateri itumelimpah dan mungkin menyebabkan kerosakan selanjutnya kepada bahagian-bahagian besi. Untuk panduan anda, isi air itu sehingga bahagian hitam didalam bateri sahaja yang ditenggelami air.




3. Sekiranya terdapat kesan kesan debu garam putih dikedua-dua terminal bateri, bersihkan dengan menggunakan bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik - baking powder) dengan sukatan satu sudu teh serbuk dalam satu cawan air. Bancuhan ini dibubuh atas terminal bateri dan ia akan berbuih. Buih-buih ini akan berhenti bila ia sudah bersih. Seterusnya bilas dengan air sejuk biasa. Kuatkan ikatan kepala bateri jika perlu dengan rapi.





4. Kuatkan kuasa bateri menggunakan battery charger jika perlu. Elakkan diri dari menggunakan ubat-ubat bateri yang terdapat dikedai. Bahan-bahan ini biasanya diakui boleh menguatkan bateri, tapi sebenarnya perbuatan ini sia-sia sahaja.Air bateri yang dijual dikedai adalah dari jenis air sulingan (distilled water), tapi bila diisi dalam bateri ia akan bercampur dengan air bateri dan seterusnya menjadi cecair asid sulfurik. Jadi elakkan asid ini dari terkena pakaian atau kulit anda. Jangan sesekali tambahkan asid sulfurik kedalam bateri.




P/S:credit to keretaganaz

CARA PASANG WAYAR JUMPER KERETA

CARA MUDAH....SUMBER DARI BOOBLOG..TERIMA KASIH....

Selasa, 26 Februari 2013


TEMPERATURE ENJIN KERETA NAIK...PERHHH..APA NAK BUAT???



Pernahkah anda mengalami situasi temperature kereta anda naik secara tiba-tiba? Ini bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh jika ianya berlaku.Antara salah satu faktor temperature kereta anda naik ialah kerana:-


1)Terdapat kebocoran pada sistem penyejukkan enjin anda (radiator bocor, host-host sambungan, kebocoran pada water pump,
2)Minyak enjin anda terlalu kotorPernahkah anda mengalami situasi temperature kereta anda naik secara tiba-tiba? Ini bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh jika ianya berlaku.Antara salah satu faktor temperature kereta anda naik ialah kerana:-



1)Terdapat kebocoran pada sistem penyejukkan enjin anda (radiator bocor, host-host sambungan, kebocoran pada water pump,
2)Minyak enjin anda terlalu kotor
3)Kipas Radiator tidak berfungsi dengan baik atau rosak

4)Tangki radiator tersumbat
5)Termostat



Pemeriksaan yang kerap dan berkala pada keadaan air atau cecair radiator sangatlah diperlukan sebagai langkah berjaga-jaga. Oleh itu lakukan penyelenggaraan mengikut jadual.

Selasa, 29 Januari 2013

Salam semua,

Tahun ni genap la 5 tahun bengkel ni beroperasi....alhamdullilah masih lagi tangan ni mampu bekerja dalam mencari rezeki yang halal...buat pertama kalinya sebagai pemilik bengkel ni aku nak meluahkan rasa dan berkongsi pengalaman dengan pembaca..itu pun kalau ada yang sudi nak baca....untuk bertahan sehingga ke hari ini memang banyak dugaan yang di tempuhi...selain dari berdepan dengan kerenah pelanggan yang pelbagai.

Satu cabaran yang amat besar yang aku rasakan ialah bersaing dengan bangsa asing yang sememangnya sudah memonopoli bidang ini....sulitnya juga memahami mengapa manusia sebangsa ku begitu sukar untuk menyakini dan mempercayai keupayaan bangsa sendiri iaitu ORANG MELAYU....ada saja alasan...MAHAL, PENIPU...MAKAN DUIT..RIBA...TAPI..bila pergi ke kedai bangsa lain..mulut tertutup dek percayakan kemahiran mereka..patutla mahal..barang ori...servis bagus....entah la bangsa ku macamana orang melayu nak maju..kalau kepercayaan itu tiada....

TAPI...aku yakin dengan izin Allah semuanya akan berjaya...Allah dah berjanji pada umatnya siapa yang rajin berusaha dan percaya padaNya...Insyallah..segalanya dipermudahkan....

Ya Allah..sesungguhnya KAU lah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMU...