Khamis, 12 Mei 2016

TIPS KERETA DITELENGGAMI AIR BANJIR




1. Selepas banjir surut, periksa dahulu dengan teliti kereta anda samaada kereta anda tenggelam keseluruhan termasuk Enjin dan bahagian-bahagian tertentu sahaja.

2. PALING PENTING! Jangan cuba hidupkan enjin kereta. Tindakan ini biasanya akan menyebabnya terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa diganti.

3. Kos untuk sebuah kotak komputer bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis enjin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti. Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

4. Jemur kereta anda untuk beberapa hari untuk memastikan ia benar-benar kering dan tidak mempunyai air lagi.  

5. Apabila sampai ke bengkel, baraikan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.

6. Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam enjin. Periksa juga minyak enjin. Pastikan minyak enjin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya. Boleh dihidupkan enjin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa.

7. Sekiranya enjin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear.
Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).


KREDIT TO OH MEDIA

Khamis, 28 April 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



KAMI MEMOHON MAAF KERANA TIDAK DAPAT MEMBALAS SEBARANG PERTANYAAN MELALUI RUANG KOMEN KERANA MASALAH KESUNTUKAN MASA. SILA BERHUBUNG TERUS DI PEJABAT UNTUK PERTANYAAN.


03-91026212

Isnin, 18 Januari 2016

APA KEBAIKAN DAN KELEMAHAN OVERHAUL ENJIN KERETA?



Kebanyakan enjin kereta terpaksa di buat overhaul kerana sering menggunakan minyak hitam bercampur campur dan minyak hitam yang kurang berkualiti. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km.Tetapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun sudah kena top overhaul kerana pemilik tidak cermat. Jika timing belt putus juga antara factor penyebab enjin perlu do overhaul.

Kalau spark plug kereta sudah berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar. 

Kalau enjin sudah menunjukkan kehausan.. semua bahagian sepatutnya diganti bergantung pada bajet pemilik. Kalau enjin tu masih boleh berfungsi dengan baik adalah lebih baik hanya top overhaul di lakukan.

Overhaul enjin kereta terbahagi kepada 2 :

(i)           Kalau top overhaul servis head block jer..
(ii)          kalau full overhaul... seketul engine servis dan ditukar mana yang perlu


Kelebihan:

1. Engine lebih power.
2. Jimat petrol
3. Kebocoran (Leaking) tiada (sebab seal baru)

Namun begitu ia bergantung kepada teknikal,mekanik,alat ganti yang ditukar dan lain lain

Kekurangan:
1.kos tinggi.
2. Risiko rosak balik ada.
3. Kemungkinan sama macam sebelum overhaul
4. Alatganti mungkin bukan original dan terpakai.

Full overhaul adalah meliputi klac, flywheel dan bearing bearing yang ada.